Alhamdulillah

Thursday 20 March 2014

ASM umum dividen 6.60 sen

ASM umum dividen 6.60 sen

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 naik 0.10 sen berbanding tahun lalu. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ASM tahun ini adalah 6.60 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit pada 2013.

 “Pengagihan pendapatan ini babitkan peruntukan RM947.10 juta berbanding RM912.03 juta tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 3.85 peratus serta memberi manfaat kepada lebih 530,000 pemegang unit yang melanggan 14.34 bilion unit ASM," katanya selepas mengumumkan pengagihan pendapatan tabung ASM di Kuala Lumpur, semalam.

 Ahmad Sarji berkata, sehingga 17 Mac 2014, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM1.16 bilion melalui keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat yang menyumbang 46.8 peratus dengan nilai RM544.94 juta. “Selain itu, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat juga menyumbang RM434.49 juta atau 37.4 peratus dan selebihnya melalui pendapatan pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek sebanyak 15.8 peratus (RM183.39 juta),” katanya.

 Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan tabung ASM di pejabat atau ejen ASNB seluruh negara mulai 1 April 2014, manakala penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan tabung ASM akan dihantar mulai pertengahan Mei 2014.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...