Alhamdulillah

Sunday 28 September 2014

Beza syiah dan sunnah

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

-Sheikh Ahmed Deedat-😃g

Thursday 4 September 2014

Amin n Hamidah

Amin baru berkahwin dengan Hamidah.......mereka solat berjamaah berdua........bila habis imam(Amin) membaca fatihah, Hamidah teragak2 untuk sama2 menyebut amin......takut dituduh kurang ajar dgn suaminya. Dia pun menyebut 'aabaaangg'. Semasa iktidal suaminya menyebut..'samiallhu liman hamidah......midah dengan senyum menyahut......saya bangg😳😳

#Pasal tu perlu belajar agama.

Super Trap

Wednesday 3 September 2014

Cer Cuba jawab......

Cuba jwb soalan ini. Tarikh lahir tak tahu bila, wujud dihujung dunia, duduk di tgh orang, lebih pd nama,kurang pd rupa, kecil di china, besar di Arab, ada disana, takde disini, ada dibesar, takde dikecil, 2 diatas 2 dibawah, 2 dikanan takde dikiri, 1 pd emak, 2 pd ayah, ada kat ayam, takde kat itik, ada dimasjid, takde dikuil, ada disayang, tiada dirindu, Apa jawapannya?

Donation Money and Where the Death Bar coming From

Found it really interesting


Can I Have This For My New House??

No matter how old are you, deep in your heart you want it!

Cantik la plak dibuat macam nih,.... berapa la agaknya budget kalau nak renovate bilik jadi macam ni ek ?? anyone boleh advice???

Monday 1 September 2014

Sama tapi tak serupa.....

BHS MELAYU SARAWAK VS BHS MELAYU MELAYA... bunyinya sama namun maksudnya berbeza 
Org yg diam di semenanjung harap boleh faham
1. "Berikut" adalah senarai peserta yang akan "berekot" dalam acara larian amal.
2. Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api. 
3. Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak. 
4. Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak. 
5. Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur laor terkena hujan lebat. 
6. Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman. 
7. Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton berkelakar sesama sendiri. 
8. Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli ikan pusuk. 
9. Kerana banyaknya pakaian yang di"buat" dari ampaian mem"buat"kannya semput keletihan. 
10. Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa. 
11. Dia masih tidak tahu di sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini. 
12. Kali terakhir aku tangga, dia duduk di tangga. 
13. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon. 
14. Keadaan muka bumi yang agak lembut menyebabkan perjalanan mereka menjadi agak lembot. 
15. Rahsia ini jangan dipadah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita. 
16. Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang. 
17. Perutnya rasa berbual selepas berbual panjang sambil minum kopi dengan teman- temannya di kedai itu. 
18. Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati keruk kerana kesejukan. 
19. "Pergilah abas Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya. 
20. Terdapat banyak tapak mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu. 
21. Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah. 
22. Beliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma. 
23. Dengan adanya undang-undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela. 
24. Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya. 
25. Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu biak untuk disembelih.
26. Momo mendeklamasikan bait-bait puisi buat gurunya kerana dia murid yang bait.
27. Orang itu tidak sesuai untuk dibawa beloya kerana bau mulutnya membuatkan saya rasa loya.
28. Dalam banyak-banyak taman yang indah, mengapa kita lepak di sini indah.
29. Dia berolah dan terus berolah siang & malam, seolah-olah tak menyesali segala perbuatannya.
30. Ingat, bayi yang belum dapat menerima makanan dalam bentuk pepejal jangan sekali-kali dipejal.

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...