Alhamdulillah

Friday 30 January 2015

Tazkirah Lagi....

🌟🌟📗📘📕✨
 KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar
bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. 
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. 
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . 
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran
masing-masing di kepalanya...
Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.🌱🌱🌱🌱
SEBARKANKANLAH MOGA MENJADI SAHAM DAN PENCEN KUBOR KITA KELAK

Lawatan ke Kem Ria by Territorial Army Politeknik Kuching Sarawak (AW511)















Tazkirah Jumaat

طفله ﺳﺠﺪﺕ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺭﺃﺕ ﻋﺮﺑﺔ ﺍﻵﻳﺲ ﻛﺮﻳﻢ ..
ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻬﺎ : ﻟﻤﺎﺫﺍ ﺳﺠﺪت؟؟؟
ﻓﻘﺎﻟﺖ : ﺃﻣﻲ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺗﻔﺮﺡ ﺗﺴﺠﺪ…
احسنوا تربية ابنائكم

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. 
Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akn sujud. 
Perelokkanlah didikn ke atas ank²mu. 

👍👍👍👍
-عامل يصلح مكيفات مسجد ثم رفض الأجرة وقال :أوصتني أمي بأن لا آخذ أجرة على عمل لمسجد !!
تعجبوا من أمه ،، وأنا سأتعجب من بره ..

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. 
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya. 

👍👍👍👍
-سئل أحد الصالحين لماذا تذهب للمسجد قبل الآذان ،، قال :الآذان لتنبيه الغافلين وأرجو أن لاأكوون منهم !!
(نسأل الله السلامه)..

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap saya tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍
-سألته لم تحرص على شرب الماء في المسجد دائما وأنت تجده في بيتك ؟!!
قال : لكي يؤجر من وضعه في المسجد 
"نفووس راقية"

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran. 

👍👍👍👍
-إذا وصلتك فضيحة لأحدهم فأجعلها تقف عندك ؛ فإن وقفت عندك أخذت أجر الستر ومن ستر مسلمآ ستره الله ..

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia. 

👍👍👍👍
ثلاث ادعيه لاتنسونها في سجودكم :-
- اللهم إني اسألك حسن الخاتمه ،
- اللهم ارزقني توبةً نصوحه قبل الموت
- اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
( من غير التخصيص )

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍
حتى اذا نويت نشر هذا الكلام انوِ به خيرا لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا والاخرة.
وتذكر :~ افعل الخير مهما استصغرته'''=-)
Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Aamiiin Yaa Rabbal 'Aalamiiin

Thursday 29 January 2015

Entrepreneurship Students DPB2012 and PB201

Please find herewith I've uploaded class handouts / notes to CIDOS 2.5 Please log in to CIDOS and download all the notes there.

alternatively, you may also get it HERE

Thank You

Monday 26 January 2015

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin? 
Ustaz👳 : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu. 

Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz  ini apa patut dibuat? 
Ustaz👳 : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau😝. 

Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini? 
Ustaz👳 : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan. 

Soalan🙋 : Apa hukum besarkan payudara? 
Ustaz👳 : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh.. 

Soalan👫 : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe? 
Ustaz👳 : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah. 

Soalan😝 : Apa hukum asyik teringat kekasih lama? 
Ustaz👳 : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat.. 

Soalan😝 : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz... 
Ustaz👳 : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah. 

Soalan😝 : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib? 
Ustaz👳 : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Soalan😝 : Di mana ustaz beli kopiah? 
Ustaz👳 : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware🙊...

*sekadar hiburan
Utk yg keje hr ni... ilangkn stress jap

Friday 23 January 2015

Rezeki

Copy n Paste dari facebook seorg hamba Allah.. 

Cerita pasal rezeki..

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya. 

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 

Saya cakap 
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?" 

Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free," 

Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak," 

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. 

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.

Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2. 

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak...

Wednesday 21 January 2015

Lirik Lagu Aku Mahu Pulang – Amuk

Lirik Lagu Aku Mahu Pulang – Amuk

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

Packed lunch

1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tb, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.

2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan. 

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
# share pada group2 lain..
anak kita..harta kita..aset kita..
tQ

Monday 19 January 2015

Coklat dan mee

INFO PENTING.. WASPADALAH

Ada seorang Wanita meninggal
'Mendadak' dgn 'Kelima Panca Indera keluar nanah. Setelah diselidiki ternyata Wanita ini meninggal, bukan kerana 'Bunuh Diri' atau 'Dibunuh', melainkan kerana ketidaktahuan tentang 'Racun akibat Makanan'.
Wanita ini mempunyai kebiasaan makan coklat setiap hari, dan itu sebenarnya tidak menjadi masalah. Masalahnya, malam itu wanita ini telah makan 'MEE GORENG' secara berlebihan. 
-Sebenarnya makan mie goreng saja juga tidak mjd masalah, kerana orang rumahnya juga banyak makan mie malam itu dan tidak ada yang meninggal. Tetapi, ini disebabkan oleh....MEE itu yang mengandungi 'Arsenic Pentoxide' (As2O5) & selesai wanita itu makan mee dalam kadar yang banyak, dia makan pula  COKLAT. Terjadilah "Reaksi Kimia" di dalam perut yang membuat 'Arsenic Pentoxide' (As2O5) berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun.
- Inilah yang Mengakibatkan :
• Hati
• Jantung
• Ginjal
• Pembuluh darah rosak
• Usus Berdarah
• Pembuluh darah melebar
Sehingga wanita itu meninggal dengan sangat menggerunkan dgn Kelima2 Panca Indera 'Keluar Darah' ketika itu - Jadi Hati2 !! Jika banyak makan...
• MEE goreng
•. MEE kering
•. MEE soto
- Jangan makan coklat pada waktu yang 'Bersamaan'!!!
KLIK share jika Anda 'Merasa' ini cukup 'Penting' -

Sunday 18 January 2015

JP (B) vs JKPK... 2-0

Tahniah semua.... Ini kalilah...... 

Education, make it RIGHT.......

One man was crying, someone came and asked the reason why
He said : I have 1 son,  I educated him, I wanted to make him a great person. I made him study
Matric
College
B.A
M.A
And sent him abroad to study further, 
But?
Suddenly he fell sick and doctors said he's dying they can't do anything,  he's counting his last breath,

Son said : Father PLZ bring my certificates...

When I brought those certificates,
He said : These are my degrees, but you didnt make me learn the "QURAN".... I don't know how I'll show my face to Allah ..............

None of us will share this msg because it s not a interesting joke,

Saturday 17 January 2015

Leadership lesson

Pelajaran leadership..
-------------------

PEMIMPIN YANG TAHU MALU .... BELAJARLAH KEPEMIMPINAN DARI FALSAFAH ALAT KEMALUAN LELAKI
"Prof. Idrus Shahab, pakar management Universitas Indonesia jurusan psikologi anatomis berkata : 
Jika ingin menjadi pemimpin yang baik & berjaya,  maka belajarlah dari Alat Kemaluan Lelaki:
1). Tidak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.
2). Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (menahan diri - tahu situasi).
3). Dapat membantu Melahirkan Generasi penerus baru.
4). Boleh"menyerang" pihak lawan dengan tetap memberi kenikmatan.
5). Walau terjadi gesekan2 antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.
6). Setelah berjaya mencapai sasaran, posisi dan kedudukan, tidak berbesar kepala atau sombong namun selalu mengecilkan diri...

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...