Saturday, 13 June 2015

Cuti Semester Yang Sibuk

Sepanjang cuti semester yang lepas, merupakan cuti semester yang boleh dikatakan antara yang paling sibuk buat diri. Entah macam mana boleh terjebak dengan Askar Wataniah, Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela telah berlangsung selama sebulan di Kem Sematan bermula 26 April 2015 sehingga 25 May 2015. Sepanjang keterlibatan dalam kursus yang cukup mencabar ini, banyak aspek yang telah di uji, mental, Fizikal, Rohani dan Kesabaran.

Kursus yang di cipta dan direka untuk menerapkan ilmu ketenteraan asas bagi perajurit muda ini sangat mencabar. Tidak semua orang boleh atau sanggup untuk menghabiskan kursus yang benar-benar menguji diri. Tapi macam tidak percaya pulak boleh habiskan kursus ala tentera ini. setiap minggu pelajaran yang berbeza diajarkan .

Bermula dengan asas Kawad Kaki, Kawad Senjata, Ilmu Medan Perang, dan Ilmu Medan Perang. Disamping dengan pelajaran yang tidak dimasukkan dalam silibus pun ada juga. Macam-macam jenis hukuman turut dikenakan. Kata orang, kalau betul nak jadi tentera, Mental mesti kuat. Alhamdulillah semua hukuman di hadapi dengan tenang dan santai sahaja. sematkan dalam minda, Semua ini hanyalah permainan Mental semata.

Sewaktu kursus sedang berlangsung juga Keputusan Permohonan Perpindahan diumumkan, DUkacita dimaklumkan permohonan anda tidak diluluskan. Luluh hati ini bila melihatkan kepputusan permohonan sebegitu jawapannya. Apakan daya sudah suratan takdir dan rezeki masih berada d Bumi Sarawak. Terpaksa ambil cuti untuk menyudahkan perkara-pekara yang berkaitan dengan rayuan permohonan perpindahan.

Diambang pengakhiran kursus ini, dapat pula panggilan dari pihak HQ untuk menghadirkan diri dalam sessi temuduga  Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Temuduga untuk menyambung pengajian yang dimohon tak lama sebelum kursus asas bermula. Sekali lagi fikiran mula kusut dek kerana Proposal belum lagi dibaca, persediaan untuk menghadapi temuduga juga belum rapi dan mantap. Dalam masa yang sama juga Kami akan bertanding dalam Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) di Politeknik Sultan Idris Shah (PTSS) perlis. semakin berat rasanya prosessor otak nak proses fakta-fakta yang perlu diisi. Tidak habis di situ, dari 1-12 Jun juga ada panggilan kursus d KL. aduh.... Semaknya kepala ini.

Habis sahaja kursus Ala tentera pada 25 April 2015, terus masuk pejabat semula, Tidak sempat nak ambil cuti rehatkan diri yang sememangnya secara fizikal sudah penat dan tidak berdaya lagi. Akan tetapi kerana nak siapkan diri ke temuduga HLP 3 hari selepas itu, terpaksa juga masuk ke pejabat untuk mempersiapkan diri dan dokumen yang diperlukan bagi menghadiri temuduga tersebut. Temuduga yang perlu di lalui juga sangat penting secara peribadi bagi membolehkan saya melanjutkan pelajara satu tahap lebih tinggi. Alhamdulillah Temuduga HLP berjaya diharungi dengan muka yang selamba dan persiapan ala kadar. Semoga keputusan temuduga ini nanti akan memihak kepada si pemohon... AMIN....

Selepas dari itu, dilema yang perlu di perhalusi, Pertandingan KIK dan Kursus d KL perlu diputuskan, yang mana satukah akan menjadi korban? akhirnya ambil keputusan untuk menghadiri kursus d KL dan Pertandingan KIK terpaksa dilepaskan. dan kursus pun dah habis, pertandingan pun sudah berakhir dengan tempat ke lima dan anugerah Emas, dan akan mewakili KPM ke peringkat kebangsaan selepas hari raya nanti.

sememangnya cuti semester yang sangat2 sibuk. Baru jer sampai kat kuching, dan esok perlu hadir ke politeknik lagi untuk meneruskan perjalanan karier.... pendaftaran pelajar baru di Kamsis Politeknik Kuching Sarawak. adush... letihnya badan.... minggu depan kelas dah nak bermula, puasa pun sama.. diharapkan badan ini masih boleh bertahan dan dapat mengharungi kehidupan dengan sihat walafiat....


-adios-
-amin-

No comments:

Post a Comment