Alhamdulillah

Wednesday 8 July 2015

Panas.... Panas.... Panas....

1. Cuaca negara sekarang nih memang sangat-sangat mencabar. Cuaca panas dan kering sepertimana yang telah di laporkan oleh jabatan kajicuaca sebelum ini mengatakan cuaca panas ini akan berterusan sehingga bulan september nanti.

2. Berpuasa dalam bulan atau musim panas / Kemarau ini memang menguji keimanan dan ketabahan diri umat Muslim di seluruh dunia. Adush.... tak laratnyer nak bertahan... Alhamdulillah... dengan keimanan yang kuat, masih lagi bertahan sehingga ke hari ini. ... Alhamdulillah

3. Sehangat dan sepanas cuaca negara, begitu juga cuaca politik yang melanda negara, bagai ribut taufan, ia melanda negara dengan begitu kuat dan cepat sekali... rasa-rasanya ada tak pokok yang tumbang? atap rumah siapa yang terbang ? ada kereta atau kenderaat diseret dek taufan yang kuat ni tak ? hehehe....

4. Matawang negara berada di paras terendah 3.8060 berbanding matawang USD. Adush... aku bukan lah pakar ekonomi, nak meramal ekonomi pun tak pandai... tapi rasanya kalau ini yang berlaku sekarang, mesti perniagaan yang IMPORT dan EKSPORT akan mengalami kesusahan yang teramat besar sekarang ini.

5. Kalau dah peniaga yang ada kaitan langsung dengan kadar tukaran mata wang asing ini, adakah ia tidak akan terkena pada pelanggan atau pengguna ? Bohong kalau kata tidak... andaian orang tak pandai ekonomi ini, harga barang akan meningkat naik... harga perkhidmatan juga akan meningkat naik... adat atau kebiasaan yang berlaku kat negara Tercinta ini, kalau harga sesuatu barang itu telah naik, susah sangat nak panggil turun.

6. Keadaan panas akan terus menjadi panas dan semakin panas... Bukan sahaja panas dek selaran matahari, juga dek selaran ekonomi yang semakin meruncing. bagaimanalah dengan mereka yang tiada pekerjaan tetap, bagaimana pula dengan mereka yang bergaji kecil ? adush, tak tahan rasanya dengan semua yang bakal terjadi ini. sungguh tak sanggup untuk melihat dengan mata kasar.

7. Marilah kita menadah tangan memohon kepada yang maha Esa, agar apa yang dirasakan panas sekarang ini akan kembali sejuk dan suam dan seterusnya terus terusan dalam keadaan yang di impikan oleh semua orang. Semoga dengan permohonan dan hajat yang di laksanakan pada bulan yang mulia ini akan mendatangkan rahmah dan juga diperkenankan olehNYA.

8. Bila dah panas, kita sejukkan dengan air, minum air yang banyak tatkala berbuka, gunakan juga air untuk mengambil wuduk untuk menyejukkan hati yang sedang panas membara. Gunakan air juga untuk mendapatkan ilmu yang diredhai dan sentiasa berada di landasan yang betul.

9. Jangan jadikan alasan Panas ini untuk terus melakukan kemungkaran dan menyebarluaskan fitnah dunia yang semakin menjadi-jadi ini.

-AMIN-

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...