Alhamdulillah

Saturday 21 November 2015

Rotu

CERITA ROTU #iiumconfessions by #ter

aku budak ROTU. orang selalu panggil PALAPES. kalau tak tahu ROTU/PALAPES boleh google. Aku tak pernah minat benda-benda lasak dan berpeluh macam ni. nak jogging saja-saja pun jangan harap. bukan jiwa aku. tapi satu je yang buat aku berfikir balik untuk masuk ROTU ni. dia punya elaun. aku fikir hidup aku tak cukup kalau nak harap ptptn saja. serius tak cukup. aku tak nak minta duit mak bapak. jadi aku paksa diri masuk ROTU. latihan 2x seminggu. sehari 10 jam latihan. satu jam elaun rm6.00. Kira2 sebulan RM480. Ok lah tu. walaupun mula-mula aku benci dengan ROTU tapi akhirnya aku jadi sayang. sini nak cerita sikit benda yang korang tak pernah tahu.
1. Sabtu/Ahad makanan dia bagi. kerja askar ni memang dia bagi makan banyak2. siap boleh bawak balik bungkus makan dekat mahallah. so dekat situ dah jimat duit, siap dapat elaun.
2.sebelum aku masuk ROTU sabtu ahad aku kosong. bosan. asek nak outing membuang duit lepas tu penat. rugi. kalau tak outing tidur makan. unproductive.
3. Lelaki ROTU terbaik aku pernah jumpa. sangat gentleman. sentiasa vonlunteer untuk tolong apa saja. bukan nak puji apa tapi itu yang kami belajar. tak payah suruh dah pandai-pandai offer diri nak tolong. memang kerja diaorang akan support perempuan. perempuan penat tak larat memang diorang yang akan angkut senjata dan beg gedabak tu. tapi diorang ok je.
aku tengok lelaki kat kuliyyah aku tu, dalam kelas, sir sampai minta tolong berkali-kali. berkali2 wei, akhirnya perempuan jugak yang bangun pergi tolong. memang kena reject awal-awal. susah aku nak nampak lelaki rajin, tapi dalam ROTU kau akan nampak banyak.
4. ROTU paksa aku jadi kuat. kau akan buat benda yang kau benci. kau akan hadap orang yang kau tak suka. kau kena buat banyak benda dalam keadaan tak semangat dan penat. tapi kau kena paksa diri kau untuk kuat. Dalam ROTU aku belajar cara nak hiburkan diri sendiri, nak cari semangat sendiri dan nak cari moral bila kita kena buat benda kita tak suka. Dan bila aku dapat assignment bertimbun, test, presentation dalam satu masa aku tak rasa apa. masih boleh rasa rilex bila kawan aku gelabah. benda ni bagus terutamanya bila kita dah kerja, sebab kita belajar nak calm down saat masalah datang bertimbun.
5. Orang cakap budak ROTU ramai repeat paper, ramai exam tak bagus. mana kau tau? ramai deans list kalau nak tahu. result pon lagi bagus dari orang yang banyak masa. lagi perform dari orang yang tak ada latihan sabtu ahad. nak cakap, ayat BADAN SIHAT OTAK CERGAS tu fakta tau.
6. Kelebihan bila minta kerja, majikan sangat percaya yang budak ROTU ni berdisiplin. pandai urus masa dan tak cepat lemah. fresh graduate sekarang jenis yang cepat emo tak boleh kena marah. kena tegur dah nak melawan bos. dalam ROTU kau siap kena maki depan orang beb. tapi kau layan je. siap buat muka rilex. biasalah tu dia maki sebab nak ajar. kau orang bawah buat cara orang bawah. buat cara baru nak belajar.
7. kau grad markah koku kau automatik full mark. siap grad dengan title leftenan muda. tak payah susah2 masuk banyak2 kelab. full pakej sebab soft skill semua kau dapat. ROTU ajar aku jadi berani. berani tanggung risiko. apa nak jadi lantak lah, aku sedia hadap.
8. Orang cakap ROTU ni campur laki perempuan. Dalam ROTU ni diorang sangat menjaga batas laki perempuan. kalau dah UIA, dalam askar pun terserlah keislamannya. jurulatih askar betul pun faham kami ROTU UIA. so, tak ada benda yang melebihi batas.
9.Pernah interview fellow mahallah salehuddin. lecturer tu cakap walaupun mahallah ni campur laki perempuan tak banyak kes dan masalah macam mahallah lain. ada tu mestilah ada. kes curi dalam mahallah tu memang tak ada, untuk aku lah. kalau orang awam tu aku tak tau. tapi sebab dalam blok ROTU ni semua skuad sendiri. tak campur international student. ada sikit2 orang awam. skuad tu dah macam adik beradik sendiri. nak curi barang adik beradik sendiri, siapa yg sampai hati?
10. Nak cakap elaun dia memang membantu. kalau pandai jimat siap boleh buat modal berniaga. nak jimat, masuk ROTU. makan dia bagi, elaun dia bagi. tapi jangan harap duit elaun masuk setiap bulan la. dia masuk ikut suka hati dia. memang tak dapat lah setiap bulan rm480. kadang masuk rm1000 terus. kadang2 rm200 je. tapi boleh kira dalam setahun dapatlah RM2000-3000. ada kena bayar baju tauliah. jujur cakap bila senior baru merasa betul2 elaun sebab masa tu baju tauliah dah habis bayar. baju tauliah harga RM2500. tapi nanti kerajaan bayar balik RM1000.
11. So, kalau kau nak masuk sebab elaun je kau akan keluar baris awal-awal. walaupun aku masuk sebab elaun, sebab aku fikir aku tak nak kebulur tengah2 semester, tapi aku jumpa banyak hikmah dalam ROTU ni. aku jenis yang sekali aku buat aku akan teruskan. sebab tu aku tak keluar baris wei.
12. ROTU buat aku jadi lebih baik. dalam ni kau boleh kenal kawan kau sebenar. lagi2 dalam hutan. semua orang stress, semua orang penat, semua orang rasa benci kena marah, tapi kau akan perasan ada kawan kau yang masih tak pentingkan diri, yang masih boleh tolong kau, layan kau baik-baik.
13. Dalam ROTU kau akan rasa stress yang teramat. Penat nak mati. masa aku mara nak serang musuh hari tu aku rasa penat nak mati. masa tu hanya mampu sebut Allah, Allah, Allah... itu je kekuatan untuk meneruskan mara.
14. ROTU ajar aku untuk buat segalanya kerana Allah. bila kita buat benda yang tak seronok tapi kita kena ikhlaskan diri jugak. so, sebelum buat apa2 aku niat semuanya kerana Allah.
15. Kebanyakan budak2 ROTU ni jadi awkward sikit dengan budak kuliyyah diorang. sebab dalam skuad dah ramai sangat kawan rapat2. outing pun dengan diorang. sabtu ahad latihan dengan skuad. so, masa dengan kawan kuliyyah tu tak banyak. kawan biasa tu ramai. tapi kawan yang rapat sangat tu mayb ada tapi tak ramai macam kawan kuliyyah yang lain.
16. Perempuan ROTU dia akan rasa dia boleh buat semuanya. diorang ni kuat tau. jenis yang tak harap lelaki kecuali kalau dah tak mampu. bukan jenis yang nak kontrol ayu. sebab dalam hutan, muka hodoh comot busuk tak mandi, tidur atas tanah tak ada khemah, semua skuad diorang dah nampak. so, diorang ni bukan jenis malu tak bertempat.
17. ROTU ubah aku jadi lebih baik. aku bangga sebab paksa diri sendiri masuk benda alah ni. kau akan respect kat askar2 negara. sebab bila kau masuk ROTU nilah kau rasa banyak yang mereka korbankan untuk negara. Saat latihan, kau akan rasa cintakan negara tu. kau akan rasa negara ni milik kau. dan kau akan buat sungguh2 untuk negara.
Moral of the story aku nak cakap, kalau rasa tak ada duit tu try masuk ROTU. jangan buat kisah sedih. kita ni muda lagi. Aku masuk sebab kalau nak kerja part-time aku tak ada transport. susah nak cari kerja yang kerja sabtu ahad sahaja. lepas tu kalau nak kerja part-time tak ada masa untuk masuk kelab, tak ada markah koko. jadi aku fikir ini jalan yang bagus. duit ada, markah koko ada, siap bantu pointer kita sebab credit our 1 setiap sem. kalau fardu ain semua tu o.5 kan? walaupun niatnya lain tapi bila kau jumpa hikmahnya kau akan suka. kalau tak jumpa hikmahnya keluarlah baris. huhuhu

*** ada kenangan dan kebenaran... πŸ‘†πŸΌπŸ‘

No comments:

Post a Comment

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...