Alhamdulillah

Wednesday 22 June 2016

DPB5013 NEW FILES

Dear Students,

Please click on the DPB5013 tab above to retrieve the latest notes for chapter 1 (Introduction to Insurance and Takaful).



Thanks and Regards,

PMAB
JP, PKS

Sunday 5 June 2016

Pedofilia

🔴 *PERLU BACA* 🔴

*Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak*

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted!

Sebenarnya kat Malaysia, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.
Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit. Cuba randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 

Most of us unaware pasal ni. Dan bila unaware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc. 

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extreme sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Don't say ini semua tak masuk akal.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it. 

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang. Ibu bapa kena main peranan PENTING.
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita? pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah? Pun boleh jadi pedophile.

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar.
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk  jdkn mangsa. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel, kan? Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga. 
Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids. Lagi comel lagi geram.. 

Ahhh lantak ahhh. Ni  kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."
Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids and having sexual imagination using the photos.
Sounds insane kan? Tapi possible.
Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE. 

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"
So nak tunggu anak hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. 

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni." NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia. 

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, takde keselamatan. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

INGAT...
Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.
Don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.
L
*TOLONG VIRALKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DIINGATKAN SUPAYA TIDAK BERLAKU KEPADA ANAK-ANAK KAWAN ATAU SAUDARA MARA KITA*(copy&paste sebelah) mg dpt alert bersama.

Saturday 4 June 2016

Ulangkaji Fiqh Puasa

ULANGKAJI FIQIH PUASA

Niat Puasa - 

"Sahaja aku berpuasa,
 pada esok hari 
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
 pada tahun ini
 kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...