Alhamdulillah

Sunday 22 October 2017

" SEHALUS APAKAH JARUM WAHHABI YANG PERLU DI SEDARI "



1. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak pengajian Sifat 20, lalu umat Islam mengambil Akidah Mujassimah dan Musyabbihah yang tidak kukuh lagi tidak benar maka lumpuhlah tauhid umat Islam.

• Akidah Mujassimah : menyamakan zat Tuhan seperti anggota makhluk.
• Akidah Musyabbihah : menyerupakan Tuhan dengan selainNYA.

2. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun menolak untuk berpegang kepada mazhab fiqh, lalu memilih ijtihad sendiri sedangkan tidak ada kelayakan untuk berijtihad maka hancurlah syariat Islam. (Sunnah pun jadi bid'ah)

3. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memburukkan pengajian Tasawwuf, para Saadah Sufiyyah dan kitab-kitab mereka, lalu mereka hanya memerhatikan pada zahir ibadah tanpa ruhiyyah ( dalaman ibadah itu ) maka lahirlah umat Islam yang banyak ibadah tetapi buruk akhlaknya.

4. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu atau dua kitab yang sahih, lalu yang selainnya dipalsukan maka hancurlah Turath Islami yang menjadi benteng untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah sejajar kehendak Nabi SAW.

5. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik racun hanya satu atau dua tokoh yang boleh dipegang, yang lain didhaifkan lalu hilanglah keyakinan umat kepada para ulama' dan authoriti mereka akibatnya fatwa “sang bijaksana” setahun jagung yang menjadi rujukan.

6. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum meninggalkan asas Qawaaid Ilmu Islam, Usulnya, Mantiqnya, Mustolahatnya ( Istilah ), Lughahnya ( Bahasa ), Tarikhnya ( Sejarah ) lalu terjun ke dalam perbahasan Al-Quran dan As-Sunnah maka lahirlah Liberalisme ( Kebebasan ), Zohiriyyah ( Luaran ), Pluralisme ( Penyamaan ), ISIS Militan Islam yang meletakkan makna dan maksud yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah bukan pada tempatnya.

7. Halusnya jarum Wahhabi ketikamana mereka menyuntik jarum memperlekehkan pengajian tradisional dan talaqqi, lalu hilanglah barakah ilmu, diangkat orang muda yang belum sempurna akal (tidak matang dalam ilmu) dan kurang adab maka lahirlah generasi yang kurang akhlaknya. (Tidak menghormati ilmu dan para ulama' lain).

PERHATIAN...!

         Selepas kita tahu bahayanya mereka maka jangan pula kita sewenang-wenangnya untuk menghukum atau mengatakan seseorang/golongan itu wahabi atau sebaliknya kerana akhir zaman ini mudah untuk kita membuat kesilapan apabila hanya menunding jari tanpa ilmu dan pengatahuan. Selain itu, jauhilah kebencian kerana kebencian itu akan menjauhkan di antara kita dan mereka, sedangkan kita berusaha mendekatkan mereka kepada kebenaran.

I NEED THIS

Teks Opening Moderator Online Webinar "Social Enterpreneurship"

  Bismillahirrahman  Arrahim,  Yang Berusaha,  Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah,  Ketua Jabatan Perdagangan,  Puan Junaida bi...